Skip to content

Seksyen 37

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 37 of 41
Seksyen 37
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Pihak Berkuasa—

(a)

tiada anggota

Pihak

Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau ejen Pihak

Berkuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut

Akta ini; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pewakilan dalam prosiding sivil