Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VII
18. Kewajipan kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah—
tiada pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa
Eksekutif, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa melaksanakan kewajipannya; dan
tiada orang lain yang mempunyai, melalui apa-apa cara, akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pusat Pencegahan Jenayah
Kewangan Nasional boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.