Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VII
22. Penyampaian notis
Feedback & supportTiap-tiap notis atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan—
secara ke diri kepada orang itu;
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 19
dengan menghantar notis atau dokumen lain itu kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau
melalui cara elektronik.
Suatu notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa notis atau dokumen lain itu sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain—
ke pejabat berdaftarnya;
ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan
dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir yang diketahui.