Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English

Bahagian III · Lembaga Penasihat

8. Penzahiran kepentingan

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga Penasihat, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga Penasihat, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(2)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga Penasihat mengenai perkara itu; dan

Undang-Undang Malaysia 10

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga Penasihat semasa perkara itu sedang dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang gagal menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau keputusan Lembaga Penasihat boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran oleh seorang anggota di bawah subseksyen (3).

Report

Bahagian IV

Jawatankuasa Eksekutif

Bahagian V

Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang Lain

Bahagian VI

Operasi Bersepadu dan Sistem Data Berpusat

Bahagian VII

Schedules