Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian III · Lembaga Penasihat
9. Fungsi Lembaga Penasihat
Feedback & supportLembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek yang berhubungan dengan jenayah kewangan;
(b)
untuk menasihati Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan
Nasional mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya;
(c)
untuk menimbang teliti dan membuat keputusan atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan; dan
(d)
untuk memudah cara kerjasama antara Pusat Pencegahan
Jenayah Kewangan Nasional, Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa bagi pencegahan jenayah kewangan.