Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur

20. Hak masa depan

Feedback & support
(1)

Jika melalui perjanjian yang dibuat berhubung dengan sesuatu hak masa depan mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung yang ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang sepatutnya menjadi pemegang hak apabila hak itu menjadi wujud orang itu berupa sebagai menyerahhakkan hak masa depan mengenai reka bentuk susun atur terlindung itu, secara keseluruhan atau sebahagiannya, kepada seseorang yang lain (dalam seksyen ini disebut “pemegang serah hak”), maka hak itu, apabila menjadi wujud, hendaklah terletak hak pada pemegang serah hak atau pengganti dalam hakmiliknya menurut kuasa subseksyen ini.

(2)

Jika pada masa hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung menjadi wujud orang yang sepatutnya berhak kepada hak itu telah mati, hak itu hendaklah turun seolah-olah, sebaik sebelum kematian orang itu, orang itu ialah pemegang hak.

(3)

Sesuatu lesen yang diberikan berkenaan dengan sesuatu hak masa depan mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung oleh bakal pemegang hak mengikat setiap pengganti dalam hakmiliknya bagi bakal kepentingan mengenai hak itu sehingga takat yang sama seperti lesen itu mengikat pemegang hak, kecuali pembeli suci hati dengan nilai yang tidak mempunyai notis (sebenar atau konstruktif) mengenai lesen itu dan orang yang hakmiliknya terbit daripada pembeli itu.

Report

Bahagian V

Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

Bahagian VI

Pelbagai