Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur
21. Pemegang lesen eksklusif
Feedback & supportSeseorang pemegang lesen eksklusif hendaklah mempunyai hak tindakan yang sama dan adalah berhak kepada remedi yang sama bagi pelanggaran hak itu terhadap pengganti dalam hakmilik pemegang hak sebagaimana yang dipunyai oleh orang itu atau yang dia berhak kepadanya terhadap pemegang hak.
Seseorang pemegang lesen eksklusif hendaklah mempunyai, kecuali terhadap pemegang hak, hak tindakan yang sama dan adalah berhak kepada remedi yang sama berkenaan dengan perkara yang berlaku selepas pemberian lesen eksklusif itu seolah-olah lesen itu ialah suatu penyerahhakan.
22
Undang-Undang Malaysia
Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif hendaklah bersama dengan hak dan remedi pemegang hak.
Dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah Bahagian III oleh pemegang lesen eksklusif menurut kuasa seksyen ini, pembelaan di bawah Akta ini yang tersedia bagi seseorang defendan dalam tindakan itu jika tindakan itu dibawa oleh pemegang hak hendaklah tersedia bagi defendan terhadap pemegang lesen eksklusif itu.