Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

24. Penerusan prosiding jenayah dan sivil

(1)

Pemansuhan di bawah seksyen 23 atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk dihukum atau didakwa kerana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau menjejaskan apa-apa prosiding yang telah dibawa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja tarikh peletakhakan oleh atau terhadap Institut atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat pengganti seolah-olah prosiding itu telah dimulakan oleh atau terhadap Institut atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa jika prosiding itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, prosiding itu hendaklah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Kerajaan.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh peletakhakan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang dalamnya Institut menjadi satu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap syarikat pengganti:

Dengan syarat bahawa jika rayuan itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, rayuan itu hendaklah dibawa oleh atau terhadap Kerajaan.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Report