Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

25. Kecualian bagi standard, tanda dan lesen

(1)

Semua standard yang diisytiharkan sebagai Standard

Malaysia di bawah seksyen 28 Akta Institut Standard dan

Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 atau yang menurut kuasa seksyen 49 Akta tersebut terus wujud sebagai

Standard Malaysia yang diisytiharkan di bawah seksyen 28 dan yang wujud sebagai Standard Malaysia sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus wujud sebagai Standard Malaysia yang diisytiharkan di bawah seksyen 15 Akta ini sehingga ditarik balik di bawah seksyen itu.

(2)

Semua tanda yang didaftarkan sebagai cap dagangan perakuan menurut kuasa seksyen 29 Akta tersebut atau yang disifatkan telah didaftarkan di bawah seksyen 49 Akta tersebut dan tetap terdaftar sedemikian sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus tetap terdaftar.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1425).

Report