Skip to content

Seksyen 22

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 22 of 47

Seksyen 22

(1)

Apa-apa tatakelakuan yang tergolong di bawah mana-mana perihalan yang berikut hendaklah terjumlah sebagai salah laku:

(a)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;

(b)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 19

(c)

apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), salah laku tidak termasuk apa-apa tindakan yang dikawal selia di bawah seksyen 96 dan 97

Akta Polis 1967.