Skip to content

Seksyen 35

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 35 of 47

Seksyen 35

(1)

Suruhanjaya boleh mengumpul dan membekalkan kepada pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan apa-apa maklumat umum yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu dibawa kepada perhatian pasukan polis atau pihak berkuasa berkaitan yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah seksyen 4 dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 5 untuk tindakan lanjut pasukan polis atau pihak berkuasa berkaitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Suruhanjaya boleh meminta daripada pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan apa-apa maklumat umum lain yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah seksyen 4

dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 5.

(3)

Pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai tindakan yang diambil yang timbul daripada pembekalan maklumat oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.