Seksyen 33
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
Seksyen 33
Seseorang yang menghalang atau cuba untuk menghalang mana-mana orang daripada memberikan keterangan di hadapan
Suruhanjaya atau melalui ugutan, menyekat atau cuba untuk menyekat mana-mana orang daripada memberikan keterangan sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Seseorang yang mengugut, menghina atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau kerana keterangan yang telah diberikan oleh orang itu di hadapan
Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.