Skip to content

Seksyen 32

Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 32 of 47
Seksyen 32
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam

Akta ini, Suruhanjaya boleh memulakan suatu penyiasatan salah laku atas inisiatifnya sendiri tetapi hanya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian sama ada atau tidak terdapat aduan salah laku yang berhubungan dengannya.

(2)

Penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut Bahagian V Akta ini.