Seksyen 34
Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
ActIn forceProvision 34 of 47
Seksyen 34
Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat atau mengadu secara bertulis atau selainnya kepada Suruhanjaya, dengan mengetahui atau mempercayai bahawa maklumat atau aduan itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 27