Skip to content

Seksyen 45

Penghinaan

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 45 of 55
Seksyen 45
(1)

Seseorang yang melakukan perbuatan menghina terhadap seseorang Pesuruhjaya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, suatu “perbuatan menghina”

ertinya—

(a)

apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa kejian atau ugutan terhadap seseorang Pesuruhjaya semasa dia bersidang dalam sesuatu pendengaran; dan

(b)

apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa kejian atau ugutan terhadap seseorang Pesuruhjaya pada bila-bila

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 39

masa dan di mana-mana tempat lain kerana dia menjalankan sifatnya sebagai seorang Pesuruhjaya.