Skip to content

Seksyen 22

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 22 of 55

Seksyen 22

(1)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa aduan salah laku yang diterimanya daripada orang ramai atau yang dirujukkan kepadanya oleh mana-mana orang.

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujukkan apa-apa aduan salah laku yang diterimanya atau yang dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1) yang bersifat tatatertib kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujukkan apa-apa aduan salah laku yang diterimanya atau yang dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1) yang bersifat jenayah kepada

Pendakwa Raya.