Skip to content

Seksyen 3

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 3 of 55

Seksyen 3

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan bernama

Suruhanjaya

Integriti Agensi Penguatkuasaan ditubuhkan.

(2)

Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.