Seksyen 44
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Seksyen 44
Seseorang yang menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang daripada memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya atau melalui ugutan, menyekat atau cuba menyekat mana-mana orang daripada memberikan keterangan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Seseorang yang mengugut, mengeji atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau kerana keterangan yang telah diberikan oleh orang itu di hadapan
Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.