Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja
21. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportMenteri boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai
Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila—
(a)
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
(b)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
(c)
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya.