Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja
20. Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportMenteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai
Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar.
Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai
Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari
Suruhanjaya pada keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai lain Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 23