Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Feb 2024Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006

Feedback & supportA commission to regulate water supply and sewerage services

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan

Air Negara 2006.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Akta ini terpakai bagi

Semenanjung

Malaysia dan

Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 654

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 13;

“Kumpulan

Wang”

ertinya

Kumpulan

Wang

Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“pekerja” ertinya orang yang diambil khidmat oleh Suruhanjaya;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a);

“perkhidmatan bekalan air” ertinya perawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuk pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air;

“perkhidmatan pembetungan” ertinya pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan”

ertinya Akta ini dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 9

Bahagian II

Suruhanjaya

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules