Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian II · Suruhanjaya
3. Penubuhan Suruhanjaya
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
membuat kontrak; dan
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Suruhanjaya.