Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2024Read it in English

Bahagian V · Kewangan

37. Akaun dan laporan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 654

Report

Bahagian VI

Schedules