Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian VI
41. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh
Suruhanjaya—
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 31
tiada anggota
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.