Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Kewangan

30. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Suruhanjaya setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya

(termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan)

bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Suruhanjaya Persaingan 25

Report