Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian V · Kewangan
31. Akaun bank
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan, setakat yang dapat dilaksanakan, melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.