Skip to content

Seksyen 44

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

of Akta Suruhanjaya Persaingan 2010

ActIn forceProvision 44 of 47
Seksyen 44

(a)

dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap

Suruhanjaya;

(b)

dalam mana-mana prosiding sivil terhadap mana-mana pekerja atau pegawai Suruhanjaya berhubung dengan pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang persaingan;

atau

(c)

dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya

Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, atau pekerja itu atau pegawai

Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.