Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VI
47. Kaedah penyiaran
Feedback & supportJika Suruhanjaya diberi kuasa untuk menyiarkan, atau dikehendaki untuk menyiarkan, suatu arahan, garis panduan, penarikbalikan, pelepasan, penamaan atau keputusan atau dokumen lain di bawah undang-undang persaingan, penyiaran itu bolehlah melalui kaedah elektronik mengikut apa-apa cara yang menjadikannya boleh diakses dengan munasabah oleh mana-mana orang yang berhasrat untuk melihatnya, dan penyiaran sesuatu dokumen melalui kaedah itu hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi semua maksud di bawah Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini, “elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnet, elektromagnet, biometrik, fotonik atau teknologi lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 30