Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian VII · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan
163. Keberterusan hak, liabiliti dsb. di bawah seksyen termansuh
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi atau terakru di bawah seksyen-seksyen termansuh atau apa-apa prosiding atau remedi undang-undang berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah tersentuh dan mana-mana prosiding atau remedi undang-undang itu boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat.
Semua permohonan yang belum selesai di bawah seksyen-seksyen termansuh hendaklah diuruskan di bawah Akta ini oleh
Suruhanjaya seolah-olah permohonan-permohonan itu telah dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.