Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

165. Peralihan dan kecualian

Feedback & support
(1)

Semua perbuatan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan esekutif lain, walau bagaimana jua dipanggil, dibuat, diberi atau dilakukan di bawah, atau menurut, atau mengikut, peruntukan Akta Syarikat 1965 atau

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)

1996 [P.U. (A) 439/96] sebelum permulaan kuat kuasa hendaklah, setakat yang tindakan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan dibuat, diberi atau dilakukan di bawah, atau menurut, atau mengikut, peruntukan Akta Syarikat 1965 atau

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)

1996 yang bersamaan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang baginya tindakan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau dimansuhkan, di bawah, menurut atau mengikut, peruntukan Akta ibu yang bersamaan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan

Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1996 sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukumna

124

Undang-Undang Malaysia yang dikenakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu.

(3)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan

Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1966 sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan itu tidak terjejas dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(4)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh—

(a)

menyentuh kesahan apa-apa sekuriti atau pelaksanaan mana-mana surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini;

(b)

terpakai berhubungan dengan seseorang penerbit, peminjam, penjamin atau pemegang amanah atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(c)

menghendaki pelantikan mana-mana pemegang amanah atau pembuatan mana-mana surat ikatan amanah berkenaan dengan mana-mana debentur yang diterbitkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, jika kehendak-kehendak demikian tidak ada sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(4A)

Apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia atau terma debentur yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia menurut perenggan (e) Bahagian I Jadual Pertama kepada Akta Bank dan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 125

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] sebelum 1 Julai 2000

boleh, selepas 1 Julai 2000, diubah atau diubahsuaikan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 32 Akta.

(5)

Jika, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, sekuriti boleh diterbitkan, ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau jika suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti dibuat berasaskan kepada mana-mana prospektus yang diterbitkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, penerbit hendaklah, melainkan jika kelulusan bertulis daripada Suruhanjaya yang memberikan suatu pengecualian diperoleh, menerbitkan apa-apa prospektus tambahan dan mengambil apa-apa tindakan lain bagi memastikan bahawa terbitan, tawaran atau pelawaan itu mematuhi kehendak Akta ini.

(6)

Suruhanjaya boleh, melalui suatu arahan bertulis yang diberikan kepada mana-mana penerbit yang disebut dalam subseksyen (5) menentukan tindakan yang patut diambil oleh penerbit itu dan bagaimana apa-apa kerumitan yang timbul berkenaan dengan peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh

Akta ini boleh diatasi.

(7)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh—

(a)

menyentuh kesahan atau pelaksanaan apa-apa kepentingan atau surat ikatan, yang baginya Penggal 5

Report

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules