Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

164. Keberterusan prosiding jenayah dan sivil

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, baik seksyen-seksyen termansuh mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh mana-mana orang yang boleh didakwa atau dihukum atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen-seksyen termansuh sebelum hari ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah di bawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja hari ditetapkan, oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak

Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan

Percantuman boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan

Percantuman sebagaimana ia akan boleh diteruskan atau dimulakan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 123

oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel

Pengambilalihan dan Percantuman atau orang itu sekiranya Akta ini telah tidak diluluskan.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap

Suruhanjaya sebagaimana ia akan boleh dibawa oleh atau terhadap

Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan

Percantuman sekiranya Akta ini telah tidak diluluskan.

Report

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules