Energy Commission Act 2001 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Suruhanjaya Tenaga
10. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai
Eksekutif, hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
Suruhanjaya Tenaga 15
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama
Suruhanjaya;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri;
dalam hal seseorang anggota
Suruhanjaya selain
Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi;
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.