Seksyen 3
of Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
Seksyen 3
Maka dengan ini tertubuhlah suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Suruhanjaya Tenaga” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
(2)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tidak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tidak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada
Suruhanjaya atas terma yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 610