Energy Commission Act 2001 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Suruhanjaya Tenaga
11. Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya
Feedback & supportTiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota
Suruhanjaya melainkan jika sebelum pelantikannya orang itu membuat suatu akuan berkanun sama ada dia mempunyai apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan aktiviti pembekalan tenaga.
Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan aktiviti pembekalan tenaga dia hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri dengan menyatakan kepentingan yang diperoleh itu, dan Menteri boleh, selepas menimbangkan perkara itu, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa orang itu telah mengosongkan jawatannya.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 610