Energy Commission Act 2001 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Suruhanjaya Tenaga
5. Keanggotaan Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Pengerusi;
Ketua Pegawai Eksekutif;
Suruhanjaya Tenaga 13
tiga orang anggota yang mewakili Kerajaan; dan
tidak lebih daripada enam orang anggota, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan telah menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau adalah selainnya sesuai bagi pelantikan oleh sebab pengetahuan dan pengalaman mereka yang khusus.
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota
Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi dalam tempoh—
apabila jawatan Pengerusi kosong;
apabila Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di
Malaysia; atau
apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.