Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Syarikat (Pindaan) 2019

Amends the Companies Act 2016

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat (Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 4

Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam subperenggan 4(1)(a)(iii) dengan menggantikan perkataan “modal syer dikeluarkan” dengan perkataan

“keseluruhan jumlah syer dikeluarkan”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 66

Seksyen 66 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya suatu dokumen yang dikehendaki untuk disempurnakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, ketetapan, perjanjian atau perlembagaan mengikut subseksyen (1).”.

s 4Pindaan seksyen 72

Seksyen 72 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Syer hendaklah” dengan perkataan “Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), syer hendaklah”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subsekyen yang berikut:

“(5)  Jika mana-mana syer itu ditebus daripada keuntungan menurut perenggan (4)(a) yang selainnya telah tersedia untuk dividen, maka hendaklah dipindahkan ke dalam akaun modal syer syarikat, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun syer yang ditebus itu.”.

s 5Pindaan seksyen 84

Subseksyen 84(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“khas”.

s 6Pindaan seksyen 93

Perenggan 93(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bagi pihak pemegang syer” dengan perkataan

“yang mewakili sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah hak mengundi dalam kelas itu”.

Syarikat (Pindaan)

s 7Pindaan seksyen 247

Subseksyen 247(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “secara bertulis kepada Pendaftar” perkataan

“tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum pengedaran penyata kewangan syarikat pemegangan”.

s 8Pindaan seksyen 253

Subseksyen 253(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “atau (2)”; dan

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“were” dengan perkataan “is”.

s 9Pindaan seksyen 304

Seksyen 304 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“pernyataan” dengan perkataan “ketetapan”; dan

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“mesyuarat” dengan perkataan “syarikat menjadi tertakluk kepada kehendak di bawah seksyen 302 untuk mengedarkan ketetapan”.

s 10Pindaan seksyen 340

Perenggan 340(1)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “fi pengarah” dengan perkataan “saraan juruaudit”.

s 11Pindaan seksyen 386

Subseksyen 386(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (a);

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) seorang penerima dan pengurus boleh terus bertindak sebagai penerima sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) seorang penerima dan pengurus boleh terus menjalankan segala kuasa seorang penerima dan pengurus bagi maksud menjalankan urusan syarikat dengan syarat bahawa penerima dan pengurus itu memperoleh persetujuan daripada penyelesai atau jika penyelesai enggan memberikan persetujuannya, persetujuan Mahkamah.”.

s 12Pindaan seksyen 409

Perenggan 409(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dan” di hujung perenggan itu dengan perkataan “atau”.

s 13Pindaan seksyen 433

Seksyen 433 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan

Syarikat (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa had atau syarat yang difikirkannya patut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri melalui penyampaian suatu notis pembatalan kepada orang yang diluluskan itu.

(4b)

Tiap-tiap kelulusan di bawah seksyen ini termasuk pembaharuan kelulusan penyelesai hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun selepas tarikh pengeluaran melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.

(4c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang atau kumpulan orang.”.

s 14Seksyen baharu 580a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 580

seksyen yang berikut:

“Jaminan untuk kos 580a.  (1)  Jika suatu syarikat ialah plaintif dalam apa-apa tindakan atau prosiding lain dan jika didapati melalui suatu keterangan yang boleh dipercayai bahawa ada sebab untuk mempercayai bahawa syarikat itu tidak dapat membayar kos bagi defendan jika defendan berjaya dalam pembelaannya,

Mahkamah boleh memerintahkan plantif itu untuk memberi jaminan yang secukupnya bagi semua kos dan menggantung semua tindakan atau prosiding sehingga jaminan itu diberikan.

(2)

Mahkamah boleh mengarahkan supaya kos bagi apa-apa tindakan atau prosiding ditanggung oleh pihak kepada tindakan atau prosiding itu.”.

Undang-Undang Malaysia 8

(1)

Apa-apa permohonan yang belum selesai bagi—

(a)

suatu perintah untuk membenarkan mana-mana subsidiari kepada syarikat pemegangan untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan dengan syarikat pemegangan itu; dan

(b)

suatu kelulusan atau kebenaran untuk dilantik sebagai penyelesai, yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi sah dan hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa perintah, kelulusan atau kebenaran yang dibuat atau diberikan di bawah Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya perintah, kelulusan atau kebenaran terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dibatalkan, ditamatkan atau digantikan di bawah peruntukan Akta ini.