Akta Syarikat (Pindaan) 2019 · As enacted
15. Kecualian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa permohonan yang belum selesai bagi—
suatu perintah untuk membenarkan mana-mana subsidiari kepada syarikat pemegangan untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan dengan syarikat pemegangan itu; dan
suatu kelulusan atau kebenaran untuk dilantik sebagai penyelesai, yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi sah dan hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa perintah, kelulusan atau kebenaran yang dibuat atau diberikan di bawah Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya perintah, kelulusan atau kebenaran terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dibatalkan, ditamatkan atau digantikan di bawah peruntukan Akta ini.