Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

11. Pindaan seksyen 386

Subseksyen 386(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (a);

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) seorang penerima dan pengurus boleh terus bertindak sebagai penerima sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) seorang penerima dan pengurus boleh terus menjalankan segala kuasa seorang penerima dan pengurus bagi maksud menjalankan urusan syarikat dengan syarat bahawa penerima dan pengurus itu memperoleh persetujuan daripada penyelesai atau jika penyelesai enggan memberikan persetujuannya, persetujuan Mahkamah.”.

Report