Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

13. Pindaan seksyen 433

Seksyen 433 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan

Syarikat (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa had atau syarat yang difikirkannya patut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri melalui penyampaian suatu notis pembatalan kepada orang yang diluluskan itu.

(4b)

Tiap-tiap kelulusan di bawah seksyen ini termasuk pembaharuan kelulusan penyelesai hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun selepas tarikh pengeluaran melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.

(4c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang atau kumpulan orang.”.

Report