Contents
Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026 · As enacted
14. Pindaan seksyen 33
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 33 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tiada penyedia latihan kemahiran boleh memohon bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran melainkan jika—
(a)
ia telah berdaftar di bawah Bahagian ini; dan
(b)
ia menjalankan program latihan kemahiran yang diluluskan.”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah Bahagian ini melainkan jika penyedia latihan kemahiran itu menjalankan suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”.