Skip to content

Seksyen 9

Daftar yang hendak disimpan

of Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

ActIn forceProvision 9 of 28
Seksyen 9
(1)

Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan supaya disimpan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditetapkannya, suatu daftar taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Akta ini yang mengandungi─

(a)

nama dan alamat tiap-tiap orang yang didaftarkan berhubungan dengan mana-mana taman asuhan kanak-kanak;

(b)

nama dan alamat tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak berdaftar; dan

(c)

apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(2)

Satu salinan catatan dalam daftar yang berupa diperakui dengan tandatangan Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan dalamnya pada tarikh salinan diperakui itu.