Seksyen 6
Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar
of Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
ActIn forceProvision 6 of 28
Seksyen 6
(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.