Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2020Read it in English

Act of Parliament

Technologists and Technicians Act 2015

Feedback & supportRegistering technologists and technicians, and a board for them

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Teknologis dan Juruteknik 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

“Daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 17;

“Juruteknik Berkelayakan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(2);

“Juruteknik Bertauliah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(4);

“kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperoleh dan diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan kompeten;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Teknologis

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;

“Lembaga” ertinya Lembaga Teknologis Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab terhadap *Lembaga Teknologis Malaysia;

“orang berdaftar” ertinya Teknologis Profesional, Teknologis

Berijazah, Juruteknik Bertauliah dan Juruteknik Berkelayakan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Teknologis yang dilantik di bawah subseksyen 18(1);

“perkhidmatan teknikal” dan “perkhidmatan teknologi” ertinya perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;

“Teknologis Berijazah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(2);

“Teknologis Profesional” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(4).

*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Teknologis dan Juruteknik 9

(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pendaftaran profesional.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi profesional yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada masa Akta ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran profesional.

Bahagian II

Lembaga Teknologis Malaysia

Schedules