Seksyen 10
Tempoh jawatan
of Akta Teknologis dan Juruteknik 2015
Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota
Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan hendaklah layak untuk dilantik semula bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
(2)
Jika seseorang anggota Lembaga mati atau meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan dilantik untuk menggantikan anggota itu dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.