Technologists and Technicians Act 2015 · Updated to 1 Sep 2020 · Bahagian II · Lembaga Teknologis Malaysia
7. Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
Feedback & supportLembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, selain kuasa dalam perenggan 6(2)(g) kepada—
seseorang anggota Lembaga;
suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan 6(2)(f); dan
suatu majlis yang ditubuhkan di bawah perenggan 6(2)(g).
Mana-mana orang, jawatankuasa atau majlis yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu.