Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2020Read it in English

Bahagian II · Lembaga Teknologis Malaysia

4. Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai

“Lembaga Teknologis Malaysia” ditubuhkan.

(2)

Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;

(c)

dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (b); dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(d)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Lembaga.

Report