Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat

34. Penyiaran maklumat

(1)

Pihak Berkuasa boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah

Bahagian ini.

(2)

Pihak

Berkuasa hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu berkaitan sebelum menyiarkan maklumat itu.

(3)

Pihak Berkuasa tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—

(a)

berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau

(b)

akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuk orang yang telah mati,

Tenaga Boleh Baharu 35

tetapi Pihak Berkuasa boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah dalam apa-apa cara yang akan menjejaskan atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules