Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian III · Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu

12. Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu

(1)

Apabila notis bertulis diterima oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen 7(2) bahawa permohonan daripada pemegang kelulusan galakan telah diluluskan, pemegang lesen pengagihan hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan itu.

Tenaga Boleh Baharu 19

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen pengagihan tidak berkewajipan untuk membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan jika—

(a)

pemegang kelulusan galakan itu enggan membuat perjanjian itu; atau

(b)

Pihak Berkuasa berpendapat bahawa—

(i)

terdapat suatu perubahan dalam hal keadaan yang menyebabkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan galakan di bawah

Akta ini; atau

(ii)

adalah adil dan munasabah bagi pemegang lesen pengagihan untuk tidak membuat perjanjian itu.

(3)

Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dan apa-apa penyimpangan daripada bentuk itu menghendaki kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa terlebih dahulu.

(4)

Pihak Berkuasa boleh menetapkan bentuk yang berlainan bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber boleh baharu yang akan digunakan dan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang dicadangkan.

(5)

Pemegang kelulusan galakan hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, mengemukakan salinan terperaku bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah disempurnakan kepada Pihak Berkuasa bagi pendaftaran.

(6)

Pihak Berkuasa hendaklah mendaftarkan apa-apa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (5) jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu adalah selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya.

20

Undang-Undang Malaysia

(7)

Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hanya akan berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan apabila didaftarkan dengan

Pihak Berkuasa mengikut seksyen ini.

(8)

Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar bagi semua perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang didaftarkan di bawah seksyen ini.

(9)

Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian IV

Tarif Galakan

Bahagian V

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Bahagian VI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules