Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IX · Kecualian dan Peralihan
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IX · Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang penjana yang layak yang telah menyempurnakan suatu perjanjian bagi penjualan dan pembelian elektrik dengan seseorang pemegang lesen pengagihan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mempunyai pilihan sama ada—
memohon untuk menyertai sistem tarif galakan, menamatkan mana-mana perjanjian terdahulu sedemikian dengan pemegang lesen pengagihan dengan persetujuan pemegang lesen pengagihan itu dan membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang ditetapkan di bawah Akta ini; atau
meneruskan di bawah perjanjiannya yang sedia ada dengan pemegang lesen pengagihan dan tidak menyertai sistem tarif galakan.
54
Undang-Undang Malaysia
Seksyen 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1) telah memilih untuk menyertai sistem tarif galakan.
Apabila kelulusan galakan diberikan kepada penjana yang layak yang disebut dalam subseksyen (1), Bahagian III dan IV hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemegang kelulusan galakan itu kecuali bahawa tempoh berkuat kuasa yang terpakai bagi pemegang kelulusan galakan itu hendaklah dikurangkan dengan suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang dalamnya pepasangan tenaga boleh baharunya telah menjana elektrik bagi penjualan komersial kepada pemegang lesen pengagihan sebelum pemberian kelulusan galakan itu.