Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII

56. Laporan tentang pelaksanaan dan prestasi sistem tarif galakan

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah memantau semua perkara yang penting yang berhubungan dengan pelaksanaan dan prestasi sistem tarif galakan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada

Menteri selepas berakhirnya setiap tahun kewangan Pihak Berkuasa.

(2)

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira apa-apa petunjuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Laporan yang hendaklah dikemukakan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(a)

pengendalian dan pentadbiran Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

(b)

tarif galakan dan kadar pengurangan yang terpakai;

(c)

Kumpulan Wang;

Tenaga Boleh Baharu 49

(d)

apa-apa ketidakpatuhan oleh mana-mana orang dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

(e)

pemberian atau pembatalan mana-mana kelulusan galakan;

(f)

apa-apa kekurangan dalam skop atau pengendalian Akta ini dan perundangan subsidiarinya; dan

(g)

perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri.

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang difikirkannya sesuai dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Pihak Berkuasa mengemukakan laporan itu kepada Menteri.

Report

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules